TATABAHASA UNIVERSAL: PEMEROLEHAN BAHASA

 Tatabahasa Universal: Pemerolehan Bahasa 

Bagaimanakah Tatabahasa Universal boleh mempengaruhi proses pemerolehan bahasa?


Hi Semua, Selamat datang ke laman Blog saya mengenai Psikolinguistik. Untuk celoteh blog kali ini, saya akan memperincikan mengenai Tatabahasa Universal dan pengaruhnya dalam proses pemerolehan bahasa. Kita pernah belajar tentang tatabahasa dalam bahasa-bahasa yang dipelajari tetapi apakah itu Tatabahasa Universal? Tatabahasa Universal merupakan satu sistem kategori, mekanisme dan kekangan yang dikongsi oleh semua bahasa. Tatabahasa Universal juga boleh diklasifikasikan sebagai sifat yang semula jadi. Menurut Chomsky (2000),  prinsip-prinsip semula jadi yang unik menjadi asas kepada persamaan bahasa-bahasa manusia walaupun kelihatan berbeza secara luaran. Tatabahasa Universal juga merupakan satu sistem khas dalam otak manusia bagi memeroleh bahasa dengan cepat (Abbas & Ghulam Yaseen, 2022)

Tatabahasa Universal  membantu kanak-kanak membentuk satu set tatabahasa yang mempunyai aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Tatabahasa Universal boleh dibahagikan kepada dua iaitu Universal Formal dan Universal Substantif. Tatabahasa Universal memfokuskan parameter yang boleh membantu penemuan ciri-ciri spesifik bahasa sasaran bagi kanak-kanak yang dikenali sebagai Universal Formal. Universal Substantif pula merujuk kepada kategori leksikal ataupun leksikon yang membantu penguasaan kosa kata bahasa tersebut seperti kata nama, kata kerja dan lain-lain. Tatabahasa Universal boleh mempengaruhi proses pemerolehan bahasa seseorang manusia  kerana bahasa-bahasa manusia mempunyai prinsip tatabahasa dan parameter yang sama serta membenarkan tatabahasa berbeza dalam cara yang terhad (Cook dan Newson, 2007).

    Antara aspek yang dipengaruhi ialah pengetahuan semula jadi. Pengetahuan semula jadi mengenai struktur sesuatu bahasa itu akan wujud secara semula jadi kerana Tatabahasa Universal. Kewujudkan set tatabahasa yang semula jadi ini akan membantu manusia untuk memperoleh bahasa dengan pengajaran yang minimum. Tidak memerlukan pengajaran yang lebih eksplisit bagi memahami bahasa. Kewujudan juga boleh membimbing manusia untuk membuat satu andaian tentang hukum-hukum tatabahasa berdasarkan pengetahuan linguistik mereka yang terima. 

Selain itu, Tatabahasa Universal mempengaruhi pemerolehan pelbagai bahasa khusus. Hal ini kerana penyesuaian Tatabahasa Universal yang bersifat fleksibel. Walaupun Tatabahasa Universal mewujudkan satu set peraturan yang semula jadi, ini membantu murid untuk menerima bahasa yang berbeza. Manusia akan menggunakan maklumat daripada persekitaran mereka bagi mengukuhkan penguasaan bahasa dari segi hukum dan variasi bahasa tersebut. Konotasi daripada hal ini adalah Tatabahasa Universal membuka ruang kepada manusia untuk menguasai pelbagai variasi bahasa ataupun juga dikenali sebagai multilingualisme. Ini membantu proses pemerolehan bahasa dalam otak manusia secara selari dengan bahasa ibunda mereka melalui pemindahan maklumat tatabahasa. 

Tambahan pula, Tatabahasa Universal juga mempengaruhi perkembangan bahasa yang pantas dan seragam. Manusia mampu menerima bahasa ibunda mereka dengan peringkat yang seragam kerana kewujudan Tatabahasa Universal yang mencetuskan keupayaan linguistik manusia. Hal ini juga berkait rapat dengan corak kesilapan yang dilakukan oleh manusia semasa memperoleh sesuatu bahasa. Tatabahasa Universal mempunyai keupayaan dalam menjelaskan mengapa kesalahan tatabahasa dilakukan oleh manusia semasa memperoleh bahasa. Kesalahan yang dilakukan ini menjelmakan Tatabahasa Universal yang menjadi asas kepada pengaruh linguistik mereka secara sistematik. Manusia juga boleh memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka berasaskan respons dari persekitaran dan menyelaraskan pembetulan itu dengan maklumat tatabahasa yang dipelajari. Baiklah, itu sahaja celoteh saya kali ini. Tetapi, saya ada satu persoalan. Apakah pendapat anda mengenai Tatabahasa Universal yang cukup unik ini?

RUJUKAN:

Abbas, T., & Ghulam Yaseen, H. (2022). Critical Review on Universal Grammar of Chomsky in Learning a Second language. Ascarya: Journal of Islamic Science, Culture, and Social Studies, 2(2), 190–198. https://doi.org/10.53754/iscs.v2i2.465


Chomsky, N. (2000). New Horizons in the study of language and mind. Cambridge University Press.


Cook, V. J., & Newson, M. (2001). Chomsky’s Universal Grammar: An introduction. Blackwell Publishing.

Abba.




Comments

  1. Kali pertama saya mengetahui tentang tatabahasa universal ini. Terima kasih logen atas perkongsian ini. Jadi selepas pembacaan hantaran ini, saya faham bahawa pengetahuan tentang tatabahasa universal ini dapat memberikan pemahaman mendalam tentang proses pemerolehan bahasa dan perkembangan linguistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tahniah... Catatan ini sangat informatif dan menarik, menjelaskan konsep Tatabahasa Universal dengan jelas serta bagaimana ia mempengaruhi pemerolehan bahasa. Anda menerangkan dengan baik peranan UG dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dan pembelajaran pelbagai bahasa. Penggunaan sumber yang relevan dan contoh praktikal juga memperkuat hujah anda. satu penulisan yang baik dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas penulisan blog yang informatif mengenai Tatabahasa Universal. Ini adalah penjelasan yang sangat jelas dan terperinci tentang konsep yang agak baru bagi saya. Terima kasih kerana menerangkan dengan baik mengenai bagaimana Tatabahasa Universal mempengaruhi proses pemerolehan bahasa dan membuka ruang untuk memahami pelbagai variasi bahasa. Secara keseluruhannya, Tatabahasa Universal adalah konsep yang penting dalam psikolinguistik kerana ia membantu menjelaskan bagaimana manusia dari pelbagai budaya dan latar belakang mampu memahami, menggunakan dan memperoleh bahasa dengan cara yang efisien. Teruskan usaha untuk berkongsi pengetahuan yang bermanfaat!

    ReplyDelete
  4. Tahniah logen. Satu penulisan yang terperinci mengenai konsep Tatabahasa Universal.Blog ini membincangkan konsep Tatabahasa Universal (UG) oleh Chomsky dan bagaimana ia mempengaruhi pemerolehan bahasa. UG merangkumi prinsip semula jadi yang dikongsi oleh semua bahasa, membantu kanak-kanak membentuk tatabahasa melalui parameter formal dan substantif. UG mempermudah manusia menguasai pelbagai bahasa dan menjelaskan perkembangan bahasa yang seragam serta kesilapan tatabahasa. Teruskan usaha menulis blog dengan topik-topik bahar sebegini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERMASALAHAN: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

TEORI KONSTRUKTIVISME: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA