Posts

PERMASALAHAN: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

PERMASALAHAN: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA Apakah permasalahan dalam pemerolehan bahasa kedua? Hi semua, sihat? Bagi celoteh blog saya kali ini, saya ingin membincangkan mengenai permasalahan yang sering dilalui dalam pemerolehan bahasa kedua. Bahasa Kedua ialah bahasa yang dipelajari oleh seseorang individu dalam proses perkembangan bahasanya(Khazriyati Salehuddin, 2018). Bahasa kedua diperoleh mengikut penggunaannya dalam persekitaran seseorang penutur. Bahasa kedua juga berbeza mengikut setiap individu. Negara Malaysia sangat popular dengan pelbagai bahasa kedua kerana kewujudan masyarakat yang majmuk. Pemerolehan bahasa kedua tidaklah begitu mudah apabila persekitarannya dan realiti yang tidak kondusif. Antara permasalahan dalam pemerolehan bahasa kedua ialah: Gangguan di antara bahasa pertama dan bahasa kedua Hal ini terjadi apabila pelajar sedang memeroleh bahasa pertama dan bahasa kedua secara serentak. Hukum tatabahasa dan kosa kata dari bahasa pertamanya akan mengganggu proses pem...

TEORI KONSTRUKTIVISME: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 TEORI KONSTRUKTIVISME: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA Apakah perkaitan teori konstruktivisme dengan pemerolehan bahasa kedua? Hi semua, kembali lagi kita pada blog kedua saya. Bagi coretan saya kali ini, saya akan memfokuskan teori Konstruktivisme dalam pemerolehan bahasa kedua. Sebenarnya, apakah itu bahasa kedua dan kenapa sesuatu bahasa itu digelar sebagai bahasa kedua? Bahasa Kedua ialah bahasa yang dipelajari oleh seseorang individu dalam proses perkembangan bahasanya(Khazriyati Salehuddin, 2018). Proses ini akan berlaku apabila seseorang kanak-kanak ataupun dewasa yang telah mahir menggunakan satu bahasa (Noor Aina Dani, 2017). Bahasa tersebut merupakan bahasa natif ataupun bahasa ibunda seseorang yang biasanya menjadi bahasa pertama.  Pemerolehan bahasa kedua ini boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Ini boleh dikaitkan pendapat Sri Utari Subyakto-Nababan dalam bukunya ‘Psikolinguistik: Suatu Pengantar (1992). Beliau mengkategorikan pemerolehan bahasa kedua kepada du...

TATABAHASA UNIVERSAL: PEMEROLEHAN BAHASA

Image
 Tatabahasa Universal: Pemerolehan Bahasa  Bagaimanakah Tatabahasa Universal boleh mempengaruhi proses pemerolehan bahasa? Hi Semua, Selamat datang ke laman Blog saya mengenai Psikolinguistik. Untuk celoteh blog kali ini, saya akan memperincikan mengenai Tatabahasa Universal dan pengaruhnya dalam proses pemerolehan bahasa. Kita pernah belajar tentang tatabahasa dalam bahasa-bahasa yang dipelajari tetapi apakah itu Tatabahasa Universal? Tatabahasa Universal merupakan satu sistem kategori, mekanisme dan kekangan yang dikongsi oleh semua bahasa. Tatabahasa Universal juga boleh diklasifikasikan sebagai sifat yang semula jadi. Menurut Chomsky (2000),  prinsip-prinsip semula jadi yang unik menjadi asas kepada persamaan bahasa-bahasa manusia walaupun kelihatan berbeza secara luaran. Tatabahasa Universal juga merupakan satu sistem khas dalam otak manusia bagi memeroleh bahasa dengan cepat (Abbas & Ghulam Yaseen, 2022) .  Tatabahasa Universal  membantu kanak-kanak me...