PERMASALAHAN: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA
PERMASALAHAN: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA Apakah permasalahan dalam pemerolehan bahasa kedua? Hi semua, sihat? Bagi celoteh blog saya kali ini, saya ingin membincangkan mengenai permasalahan yang sering dilalui dalam pemerolehan bahasa kedua. Bahasa Kedua ialah bahasa yang dipelajari oleh seseorang individu dalam proses perkembangan bahasanya(Khazriyati Salehuddin, 2018). Bahasa kedua diperoleh mengikut penggunaannya dalam persekitaran seseorang penutur. Bahasa kedua juga berbeza mengikut setiap individu. Negara Malaysia sangat popular dengan pelbagai bahasa kedua kerana kewujudan masyarakat yang majmuk. Pemerolehan bahasa kedua tidaklah begitu mudah apabila persekitarannya dan realiti yang tidak kondusif. Antara permasalahan dalam pemerolehan bahasa kedua ialah: Gangguan di antara bahasa pertama dan bahasa kedua Hal ini terjadi apabila pelajar sedang memeroleh bahasa pertama dan bahasa kedua secara serentak. Hukum tatabahasa dan kosa kata dari bahasa pertamanya akan mengganggu proses pem...