TEORI KONSTRUKTIVISME: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 TEORI KONSTRUKTIVISME: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Apakah perkaitan teori konstruktivisme dengan pemerolehan bahasa kedua?


Hi semua, kembali lagi kita pada blog kedua saya. Bagi coretan saya kali ini, saya akan memfokuskan teori Konstruktivisme dalam pemerolehan bahasa kedua. Sebenarnya, apakah itu bahasa kedua dan kenapa sesuatu bahasa itu digelar sebagai bahasa kedua? Bahasa Kedua ialah bahasa yang dipelajari oleh seseorang individu dalam proses perkembangan bahasanya(Khazriyati Salehuddin, 2018). Proses ini akan berlaku apabila seseorang kanak-kanak ataupun dewasa yang telah mahir menggunakan satu bahasa (Noor Aina Dani, 2017). Bahasa tersebut merupakan bahasa natif ataupun bahasa ibunda seseorang yang biasanya menjadi bahasa pertama. 

Pemerolehan bahasa kedua ini boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Ini boleh dikaitkan pendapat Sri Utari Subyakto-Nababan dalam bukunya ‘Psikolinguistik: Suatu Pengantar (1992). Beliau mengkategorikan pemerolehan bahasa kedua kepada dua cara iaitu secara terpimpin dan secara alamiah. Pemerolehan bahasa kedua secara terpimpin lebih menjurus ke arah pengajaran secara pendidikan formal. Guru di sekolah mengajarkan bahasa kedua kepada murid dari aspek fonologi, tatabahasa dan semantik. Guru akan menyesuaikan kaedah pengajaran dengan tahap perkembangan bahasa murid. Pemerolehan bahasa kedua secara alamiah pula memfokuskan komunikasi seharian penutur dengan menggunakan bahasa kedua. Pemerolehan ini bebas daripada pengajaran guru. Murid mempelajari bahasa melalui komunikasi mereka dengan persekitaran atau komuniti mereka. Cara ini juga tidak ada format atau keseragaman kerana pemerolehan bergantung pada komuniti serta kadar pemerolehan masing-masing. 

Apakah perkaitan teori Konstruktivisme dengan pemerolehan bahasa kedua?. Jika dipendekkan, teori Konstruktivisme boleh dibahagikan kepada 2 pandangan berbeza iait Konstruktivisme Sosial dan Konstruktivisme Radikal. Kedua-dua pandangan ini diutarakan oleh 2 tokoh yang berbeza. Namun begitu, kita masih boleh melihat perkaitannya dalam memeroleh bahasa kedua. Ayuh, kita jelajah satu per satu secara ringkas. 


Konstruktivisme Sosial 


Teori ini telah diutarakan oleh Lev Vygotsky. Beliau menyatakan bahawa pengetahuan diperoleh melalui interaksi sosial dan kolaboratif bersama. Beliau juga percaya bahawa kanak-kanak membina makna dan pemahaman secara aktif (Sharma, 2023). Hal ini berkait rapat dengan pemerolehan bahasa kedua kerana sesuatu bahasa kedua itu akan berjaya diperoleh jika ada interaksi sosial ataupun penggunaannya secara kerap. Walaupun bahasa tersebut diterima secara formal, penggunaan secara kerap akan mengukuhkan lagi ilmu dan aspek yang diperoleh dalam bahasa tersebut. 

Contohnya, Bahasa Inggeris di Malaysia. Penggunaan bahasa Inggeris secara meluas dalam interaksi bersama komuniti menyebabkan bahasa ini diajar sebagai bahasa kedua dalam negara kita. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) juga memberikan impak dalam pemerolehan bahasa kedua apabila pelajar memperoleh bahasa dengan manusia yang lebih fasih dalam bahasa tersebut. Ini akan membantu perkembangan bahasa kedua yang menyeluruh melalui pengetahuan sedia ada pelajar yang dikaitkan dengan pengetahuan baharu melalui pakar. Pengetahuan sedia ada pelajar akan diterjemahkan ke dalam bahasa kedua melalui pengantaran konsep (Noor Aina Dani, 2017).


Konstruktivisme Radikal


Teori ini telah dijelaskan oleh Ernst von Glasersfled. Beliau berpendapat bahawa sesuatu pengetahuan dibina oleh individu melalui pengalaman subjektif dan interaksi di dalam dunia. Pelajar membina pengetahuan dan makna dengan sendiri serta realitinya subjektif dan sentiasa berkembang (Hardy, 1997). Subjektif di sini dimaksudkan bahawa sesuatu perkara berubah dan berbeza pada setiap individu mengikut situasi yang dilaluinya. Ini berkait rapat dengan pemerolehan bahasa kedua kerana pemerolehan bahasa kedua bergantung pada situasi dan realiti kehidupan seseorang penutur. Realiti berbeza mengikut latar belakang sosial mereka yang menjurus ke arah interaksi sosial yang bermakna. Hal ini demikian kerana latar belakang sosial mambantu penutur menggunakan bahasa kedua mengikut konteks realiti mereka. 

Contohnya, dua orang pelajar yang bahasa keduanya ialah bahasa Jerman. Pelajar A yang berada di Jerman akan cuba menggunakan bahasa ini mengikut situasi di Jerman secara formal dan baku. Dia juga boleh memperoleh pelbagai kosa kata bahasa Jerman yang telah menjadi lazim di sana melalui interaksinya dengan penutur jati bahasa Jerman. Pelajar B pula tidak berada di negara yang bukan bahasa Jerman sebagai bahasa utama,maka penggunaanya akan tidak menyeluruh dan hanya berdasarkan realiti di sekeliling iaitu hanya penggunaannya semasa mempelajarinya. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut hanya dapat menguasai bahasa Jerman secara formal tetapi kurang diaplikasikan dalam interaksi sosial harian. Impaknya, kosa kata dalam bahasa keduanya tidak berkembang. 


RUJUKAN:


Hardy, M. D. (1997). Von Glaserfeld‘s Radical Constructivism: A Critical Review. Science & Education, 6(1/2), 135–150. https://doi.org/10.1023/a:1008664626705


Khazriyati Salehuddin. (2018). Psikolinguistik: Penerokaan minda berlandaskan bahasa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Noor Aina Dani. (2017). Asas psikolinguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sharma, M. R. (2023). Constructivst approach in education: Projecting the insights of Piaget and Vygotsky into future. International Journal of Research Culture Society, 7(3). https://doi.org/10.2017/IJRCS/202303016


Sri Utari Subyakto-Nababan. (1992). Psikolinguistik: Suatu pengantar. Penerbit PT Gramedia Pustaka

Utama


Hard.

Hard.




Comments

  1. Benar Logen, teori konstruktivisme Sosial oleh Vygotsky menekankan pentingnya interaksi sosial dalam pembelajaran bahasa, sementara Konstruktivisme Radikal oleh Glasersfeld menekankan peranan pengalaman subjektif dan realiti individu. Dapat saya simpulkan, kedua-dua teori ini menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa kedua bukan sahaja bergantung pada pendidikan formal tetapi juga pada penggunaan dan interaksi harian dalam konteks sosial yang berbeza.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas penulisan yang jelas dan teratur mengenai teori konstruktivisme dalam pemerolehan bahasa kedua! Anda telah dengan baik menjelaskan konsep Bahasa Kedua serta perbezaan antara pemerolehan secara terpimpin dan alamiah. Penerangan mengenai teori Konstruktivisme Sosial dan Konstruktivisme Radikal juga mudah difahami dan relevan dengan konteks pemerolehan bahasa kedua. Teruskan usaha anda dalam memberi pandangan yang mendalam mengenai topik ini!

    ReplyDelete
  3. Blog ini memberikan penerangan yang jelas dan terperinci mengenai teori Konstruktivisme dan hubungannya dengan pemerolehan bahasa kedua. Penerangan mengenai Konstruktivisme Sosial dan Konstruktivisme Radikal memberi gambaran yang baik tentang bagaimana interaksi sosial dan realiti subjektif mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua. Penulisan yang padat dan teratur memudahkan pembaca untuk memahami konsep-konsep kompleks ini dengan baik. Teruskan usaha anda dalam menyampaikan ilmu dengan cara yang menyeluruh seperti ini!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERMASALAHAN: PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

TATABAHASA UNIVERSAL: PEMEROLEHAN BAHASA